SYED SADDIQ BAKAR SEMANGAT ATLET NEGARA KE SUKAN ASIA 2018

photo

BUKIT JALIL, 9 OGOS 2018: Menjelang 9 hari ke Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengharapkan kontinjen negara yang akan beraksi dalam temasya terbesar Asia tersebut untuk tampil dengan aksi terbaik dengan membawa semangat rakyat Malaysia.

Bagi YB Syed Saddiq, semangat juang yang dibawa atlet negara bukan hanya mewakili atlet itu sendiri, malah harapan besar rakyat Malaysia yang akan sentiasa memberi sokongan padu bersama kontinjen negara.

“Kamu akan membawa bendera Malaysia dan mewakili negara tercinta ini. pastikan anda menjaga nama baik Malaysia walaupun jika berdepan sebarang provokasi,” kata YB Syed Saddiq.

Saya berharap walau apapun terjadi sepanjang Sukan Asia, antaranya jika anda meraih kemenangan syabas saya ucapkan namun jika anda tewas, bangkitlah semula dan bergerak ke hadapan kerana kemenangan itu tidak diukur dengan kejayaan pingat semata-mata tetapi kemenangan lebih bermakna apabila kamu berjaya menyatukan rakyat Malaysia,” tambahnya lagi.

Semalam YB Syed Saddiq menyampaikan amanat kepada atlet-atlet negara selepas membuat lawatan rasmi buat kali pertama agensi-agensi dibawah Kementerian Belia dan Sukan yang berpangkalan di Bandar Bukit Jalil iaitu Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negara dan Perbadanan Stadium Nasional bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Steven Sim.

Majlis dimulakan dengan taklimat ketiga-tiga agensi, perasmian galeri sukan di Majlis Sukan Negara sebelum diakhiri dengan aktiviti berlari di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Lawatan rasmi kedua-dua pucuk pimpinan baharu KBS itu disambut meriah atlet-atlet negara antaranya Jaguh Berbasikal Dunia, Azizulhasni Awang dan pemenang-pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Mohd Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly dan Mohd Ridzuan Puzi.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Dr. Mohd Khairi Zawi, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Nasional, Azman Fahmi Osman.

Hubungi Kami

INSTITUT SUKAN NEGARA,
Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.
Tel : +60389914400,
Faks : +60389968748,
Webmaster: [email protected]

Kemaskini Terakhir : 11 / 4 / 2018

Rakan Eksklusif ISN

-

Aplikasi Telefon Pintar

-