SIC RAKAN STRATEGIK RASMI ISN

photo

Kuala Lumpur, 18 Februari 2019 – Institut Sukan Negara (ISN) mengumumkan penyertaan terkini Sepang International Circuit (SIC) sebagai rakan strategik ISN.

Kerjasama strategik di antara ISN dan SIC ini merupakan kerjasama yang julung kalinya diadakan khusus di dalam bidang perkhidmatan sukan berprestasi tinggi bagi sukan permotoran.

Kerjasama strategik ini juga merupakan langkah positif bagi memajukan sukan permotoran negara. Antara lain, skop dan kerjasama strategik ini adalah:

1. Pihak ISN bersetuju memberikan perkhidmatan prestasi tinggi sukan dengan merancang dan melaksanakan program-program berteraskan aspek sains dan perubatan sukan kepada pelumba-pelumba PETRONAS Sepang Racing Team dan pelumba-pelumba di bawah program pembangunan bakat SIC, Impian Ke MotoGP (IKM) yang dalam persediaan pelbagai kejohanan seperti Kejuaraan Dunia Remaja CEV Sepanyol (CEV), European Talent Cup, Idemitsu Asia Talent Cup dan Asia Road Racing Championship (ARRC).

2. Pihak ISN bersetuju memberikan perkhidmatan aplikasi sains sukan yang komprehensif dan sistematik berasaskan amalan terbaik dan penyelidikan dalam pengkhususan seperti pemakanan, psikologi, fisiologi senam, biomekanik dan suaian fizikal spesifik untuk sukan permotoran.

3. Pihak ISN bersetuju memberikan perkhidmatan perubatan sukan seperti pemeriksaan kesihatan, rawatan kecederaan, rawatan fisioterapi dan rehabilitasi, rawatan pemulihan sukan dan ujian-ujian klinikal.

photo

Kedua-dua pihak iaitu ISN dan SIC mengharapkan lebih banyak pertukaran pengalaman dan kajian sukan berprestasi tinggi bagi sukan permotoran dapat dilaksanakan melalui kerjasama ini. Malah kerjasama yang dijalankan ini merupakan suatu kerjasama yang penting bagi pertukaran maklumat, pengalaman, pengetahuan dan kajian penyelidikan terkini ke arah kemajuan sukan permotoran negara.

TAMAT

Hubungi Kami

INSTITUT SUKAN NEGARA,
Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.
Tel : +60389914400,
Faks : +60389968748,
Webmaster: [email protected]

Kemaskini Terakhir : 11 / 4 / 2018

Rakan Eksklusif ISN

-

Aplikasi Telefon Pintar

-