photo

PN. ZURAIFAH BINTI ABD RAHIM

KETUA PUSAT DIREKTORAT

photo

EN. MOHD DAMANHURI BIN MOHD NASIR

KETUA UNIT PERHUBUNGAN MEDIA​

photo

EN. MURSHAIDI HAZLIN BIN MOHAMAD

KETUA PUSAT MAKLUMAT SUKAN​

photo

PN. NOORHAMINIYAZURA BINTI NOORDIN

KETUA UNIT INTEGRITI

photo

(KOSONG)

KETUA UNIT PEMANTAUAN STRATEGIK DAN PRESTASI​

PIAGAM PELANGGAN PUSAT DIREKTORAT

  1. Menyelaras, merancang dan menulis penyataan akhbar / temubual / siaran media dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  2. Mengemaskini pelaporan penyelarasan KPI dalam tempoh lima (5) hari bekerja untuk tujuan pelaporan setiap bulan kepada Pengurusan Tertinggi ISN dan Bahagian Dasar KBS.
  3. Menyediakan laporan pengauditan dalam tempoh tiga puluh hari (30) hari selepas pengauditan selesai dijalankan.
  4. Memastikan setiap aduan integriti yang diterima diberikan maklum balas awal dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
  5. Mengesan dan mengesahkan sebarang aduan salahlaku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pembukaan fail.

PUSAT MAKLUMAT SUKAN

Pusat Maklumat Sukan merupakan pusat sumber maklumat sukan yang utama negara dan sebagai pembekal perkhidmatan maklumat kepada sektor sukan negara. Pusat Maklumat Sukan juga menyediakan laluan untuk mengakses pusat maklumat sukan antarabangsa dan berperanan sebagai pusat rujukan dan repositori maklumat sukan Negara. Fungsi Pusat Maklumat Sukan ini dikuatkan dengan apa yang termaktub didalam Akta 729, 2011 ISN iaitu:

  1. Untuk menjadi Pusat Maklumat, pusat sumber dan pusat rujukan bagi Sains Sukan dan Perubatan Sukan.
  2. Mengumpul dan menguruskan dan menyebarkan maklumat dan menyelenggara rekod mengenai semua perkara yang berhubungan aspek saintifik prestasi atlet.

Fungsi Pusat Maklumat Sukan

  1. Mengenal pasti, capture, dan sharing ISN Critical Knowledge.
  2. Merancang dan melaksanakan projek-projek jangkamasa panjang dan jangkamasa pendek pengurusan pengetahuan.
  3. Perolehan dan pengukuhan koleksi kesukanan.
  4. Mengkatalog koleksi untuk kemudahan akses dan rujukan pengguna.
  5. Mempertingkatkan kebolehcapaian sumber maklumat yang terkini bagi memenuhi keperluan pengguna Perpustakaan Sukan, Institut Sukan Negara.
  6. Merancang dan menguruskan keperluan repositori digital Institut Sukan Negara.
  7. Mengesan,mengumpul,menyimpan dan memelihara rekod dan bahan-bahan maklumat yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah sebagai warisan khazanah sukan negara.
  8. Menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan kepada staf, atlet, jurulatih dan penggiat sukan tanah air.

UNIT PERHUBUNGAN MEDIA

Pada masa kini, media berperanan dalam menyampaikan berita fakta atupun sebagai penyebar maklumat dari berbagai pihak yang berkepentingan. Perhubungan media merupakan aspek yang penting dalam strategi komunikasi sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, amat kritikal bagi sesebuah organisasi untuk membina hubungan yang berkesan dengan personaliti media.

Justeru itu, dalam meneroka perhubungan awam, Unit Perhubungan Media berperanan untuk menguruskan media melalui kebijaksanaan serta kewarasan membuat keputusan serta menyampaikan maklumat sebenar kepada orang awam dan pelanggan.

Fungsi Unit Perhubungan Media

  1. Menguruskan Perhubungan Media dan merancang Strategi Media dalam penyebaran maklumat secara berkesan dan bagi memenuhi ketetapan masa dan objektif ISN secara keseluruhan.
  2. Bertindak sebagai jurucakap ISN dalam menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang berkaitan dengan ISN.
  3. Memantau dan menilai liputan media dan kesannya mengenai perkembangan semasa ISN serta memberi respon kepada isu-isu yang dibangkitkan.
  4. Bertindak sebagai pegawai Penyelaras Media dan menjadi sebahagian daripada pihak pengurusan di ISN.
  5. Bertanggungjawab menyelaras pengeluaran dan penghasilan bahan berita ISN secara bercetak dan digital sebagai sumber maklumat informatif.
  6. Mengurus maklumbalas berhubung isu-isu yang melibatkan imej ISN dan perhubungan dengan media dalam membetulkan salah liputan dan tanggapan.

UNIT PEMANTAUAN STRATEGIK DAN PRESTASI

Fungsi Unit Pemantauan Strategik dan Prestasi

  1. Bertanggungjawab dalam mengkoordinasi dokumen pelan perancangan strategik samada pelan jangka panjang atau jangka pendek secara berkala bagi memastikan kelancaran pelan perancangan yang telah didokumenkan.
  2. Merancang dan menyelaras penyediaan Pelan Strategik ISN.
  3. Menyelaras dan melaksanakan tugas-tugas memantau dan menilai prestasi dan pencapaian Bidang Keberhasilan Utama ISN oleh Bahagian/Jabatan ISN.
  4. Mengkoordinasi segala maklumat rasmi institut dengan Kementerian, Dasar-Dasar Negara yang berkaitan dan lain-lain pemegang taruh (JKPDA, EPU).
  5. Menyediakan pelaporan secara berkala

UNIT AUDIT DALAM

Audit Dalam ISN merupakan satu fungsi bebas, yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi organisasi.

Objektif Unit Audit Dalam ISN juga adalah untuk membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

Fungsi Unit Audit Dalam

  1. Menjalankan audit pengurusan kewangan yang merangkumi pemeriksaan terhadap:
  • Sistem kewangan
  • Kawalan dalaman
  • Rekod kewangan

Untuk menentukan sama ada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan.

Menjalankan audit prestasi yang merangkumi penilaian terhadap aktiviti sesebuah organisasi untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan.

UNIT INTEGRITI

Unit Integriti bertanggungjawab melaksanakan agenda integriti bagi memastikan pembudayaan, pengukuhan dan penghayatan nilai-nilai murni diamalkan secara berterusan sebagai salah satu usaha membentuk budaya kerja berintegriti dan akauntabiliti, demi imej ISN di dalam mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan dengan prinsip tadbir urus yang baik.

Fungsi Unit Integriti

  1. Menerima dan mengambil tindakan melalui pembentukan suatu mekanisme bebas (seperti Jawatankuasa Aduan) terhadap semua maklumat atau aduan berkaitan integriti yang melibatkan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
  2. Memberi nasihat dan panduan kepada pengadu dalaman atau luaran serta pertanyaan berkaitan dengan integriti yang melibatkan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
  3. Memastikan tadbir urus organisasi yang melibatkan isu integriti bagi membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi dilaksanakan secara efektif.
  4. Menyelaras, merancang dan memantau serta menjadi Urus Setia bagi pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) peringkat ISN dan pengharmonian maklum balas laporan JITU di antara Bahagian-Bahagian.
  5. Mengesan, melalui sumber-sumber dalaman atau luaran, salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi dan melaporkan serta mengambil tindakan susulan yang berkaitan.

Menjalankan penyiasatan awal dalaman untuk mengesahkan wujudnya asas pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta mengemukakan hasil siasatan kepada pihak urus setia tatatertib bagi tindakan susulan.[/text_output][/vc_column][/vc_row]