Fisioterapi

banner

Perkhidmatan Fisioterapi dan Rehabilitasi Sukan di Institut Sukan Negara menyumbang sebahagian besar kepada proses rawatan kecederaan sukan kepada atlet-atlet yang mengalami kecederaan. Bagi memenuhi keperluan setiap atlet secara individu, fisioterapis menggunakan pendekatan yang lebih menyeluruh secara berpasukan bersama dengan pakar perubatan sukan seperti doktor, jururawat, pembantu perubatan dan lain-lain professional termasuklah penglibatan secara saintifik pakar-pakar sains sukan dalam pengurusan kecederaan sukan.

Seperti yang kita ketahui, atlet berprestasi tinggi ini menjalani latihan yang berterusan dan berisiko tinggi untuk mendapat kecederaan. Oleh sebab itu, fisioterapis akan menyediakan penilaian terperinci berdasarkan kepakaran, kajian terkini melibatkan rawatan dan rehabilitasi yang lebih efektif serta pendidikan kepada atlet dalam mencegahan kecederaan sukan bagi memastikan mereka bebas daripada kecederaan dan cergas untuk latihan dan pertandingan.

Selain itu, fisioterapis juga merupakan rakan sepasukan dalam memberi perkhidmatan perlindungan perubatan “on-field” kepada atlet-atlet yang bertanding di dalam dan luar Negara. Kami juga menitikberatkan langkah-langkah awal pengurusan asas rawatan kepada atlet bagi memastikan atlet-atlet dapat beraksi dengan lebih cepat dan sempurna.