MOM BUAT KEPUTUSAN HARI INI

hoki

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) tidak mahu mempengaruhi keputusan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) terhadap rayuan untuk beraksi di bawah tiket kategori A ke temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan bulan depan. Sebaliknya, MHC hanya mahu mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap jawapan yang bakal diputuskan Jawatankuasa Pemilihan MOM itu hari ini. “Terpulang kepada … Read more

JANGAN GENTAR JUMPA PASUKAN HEBAT

Kontingen malaysia

KUALA LUMPUR – Malaysia bukanlah pencabar yang kuat dalam ragbi, namun diletakkan dengan pasukan handalan dunia pada Sukan Komanwel Glasgow, Scotland mampu memberikan satu pengalaman yang amat berguna buat skuad kebangsaan yang rata-ratanya dibarisi pemain muda. Kapten, Mohd. Syahir Asraf Rosli berkata, pasukan negara diletakkan dalam Kumpulan C bersama-sama Samoa, Papua New Guinea serta Wales … Read more

ARUL PUAS HATI KOMITMEN BARISAN REMAJA

-

KETUA jurulatih skuad hoki remaja negara, Arul Selvaraj (gambar) mengakui berpuas hati dengan komitmen yang dipamerkan anak-anak buahnya pada sesi latihan. Skuad Projek 2016 itu yang telah melepasi pemilihan fasa 2 sedang giat menjalani latihan sebagai persediaan menyertai kejohanan pertama tahun ini iaitu Piala Hoki Sultan Johor pada Oktober depan. Selain itu, Arul turut mengadakan … Read more

‘KITA PERLU REALISTIK’

-

Glasgow: Memiliki ranking yang baik tidak semestinya menjamin kemenangan, lebih-lebih lagi dalam saingan berpasukan seperti Sukan Komanwel, kata ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David. Dia yang ditemui di Lapangan Terbang Glasgow dari Amsterdam, semalam, berkata hanya akan memberi tumpuan kepada satu demi satu perlawanan. “Biarpun ramai mengharapkan sebutir pingat emas dari saya, namun kita … Read more

VIVIAN – KHE WEI INTAI KILAUAN EMAS

-

PINGAT emas temasya Sukan SEA sudah menjadi milik beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei ketika mereka beraksi di Myanmar tahun lalu. Kejayaan Vivian-Khe Wei itu dianggap satu kejutan kerana mereka menumbangkan beregu Indonesia yang juga pilihan utama, Nitya Krishinda Maheswari-Greysia Polii pada aksi final. Kini, Vivian-Khe Wei mempunyai tugas lebih besar apabila bakal membuat … Read more

SINDIKET PENIPUAN KEMASUKAN KE SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

-

Bukit Jalil – Orang awam terutamanya para guru dan Ibu bapa perlu berwaspada dengan seorang individu lelaki yang mendakwa dirinya sebagai wakil dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang ditugaskan untuk mengurus pengambilan pelajar ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ). Suspek dikatakan telah datang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 2 baru-baru ini dengan membawa borang … Read more

Piala Dunia saksikan ‘cooling break’ pertama kali dalam sejarah

-

FORTALEZA: Akibat cuaca yang terlalu panas, peminat bolasepak buat pertama kalinya telah menyaksikan tempoh rehat ‘cooling break’ dalam sejarah kejohanan Piala Dunia FIFA. Tempoh rehat selama 3 minit itu telah diarahkan oleh pengadil dari Portugal, Pedro Proenca sewaktu perlawanan pusingan kedua di antara Belanda dengan Mexico di Fortaleza. Perlawanan ketika itu memasuki minit ke-30 apabila … Read more

MUHAMMAD IRFAN PERBAHARUI REKOD KEBANGSAAN LEMPAR CAKERA DI SUKMA

-

KANGAR — Atlet negara Muhammad Irfan Shamsuddin nyata sukar digugat apabila sekali lagi memecah rekod kebangsaan acara lempar cakera pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-17 di Stadium Tuanku Syed Putra pada Sabtu. Muhammad Irfan yang mewakili Negeri Sembilan membuat lontaran sejauh 54.26 meter sekali gus memperbaharui rekodnya pada Sukan SEA, Myanmar 2013 dengan catatan 53.16m. … Read more

HARITH AMMAR DAN ZAIDATUL HUSNIAH PERTAHAN GELARAN RAJA DAN RATU PECUT SUKMA

-

KANGAR — Atlet Terengganu, Harith Ammar Mohd Sobri dan atlet Pulau Pinang, Zaidatul Husniah Zulkifli mempertahankan gelaran raja dan ratu pecut pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 di trek balapan Stadium Tuanku Syed Putra di sini pada Jumaat. Pada final 100m lelaki hari ini, Harith Ammar mencatat masa 10.61 saat untuk merangkul emas manakala pencabarnya … Read more