Skuad takraw capai sasaran layak ke separuh akhir

INCHEON – Pingat gangsa sudah pasti berada genggaman skuad sepak takraw negara apabila berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir acara berpasukan lelaki pada temasya Sukan Asia 2014 semalam. Dalam aksi terakhir Kumpulan B di Gimnasium Bucheon semalam, skuad kendalian Jamaluddin Hassan itu meneruskan kemaraan selepas menjinakkan China 3-0. Ia merupakan kemenangan sulung skuad negara selepas … Read more

Vivian, Khe Wei nak pecah badi 44 tahun

..

INCHEON – Tidak sampai sebulan selepas membawa pulang pingat emas dari Sukan Komanwel, Vivian Khoo-Woon Khe Wei mengintai untuk melakar sejarah muncul beregu wanita pertama negara meraih pingat Sukan Asia dalam tempoh 44 tahun selepas mengejutkan bekas juara dunia, Yu Yang-Wang Xiaoli untuk mara ke suku akhir semalam. Vivian-Khe Wei tidak diberi harapan ketika turun … Read more

Emas milik siapa?

..

Incheon: Pertemuan sesama sendiri pemain negara Datuk Nicol David dan Low Wee Wern pada perlawanan akhir skuasy individu wanita hari ini memastikan kontinjen Malaysia memiliki satu pingat emas dan satu perak. Nicol yang memburu rekod emas kelima Sukan Asia, berada pada prestasi terbaik apabila membelasah pemain India, Dipika Pallikal 11-4, 11-4, 11-5 sekali gus layak … Read more

China sekat hajat Malaysia

INCHEON – Kemaraan skuad badminton negara dalam acara berpasukan lelaki pada Sukan Asia 2014 tersekat di peringkat separuh akhir setelah tewas 0-3 kepada juara bertahan, China semalam. Dalam acara yang berlangsung Gimnasium Gyeyang itu, pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang disandarkan harapan untuk mengutip mata pertama gagal memulakan langkah kanan. Pemain kelahiran … Read more

Terkubur

Impian Datuk Ong Kim Swee mengemudi pasukan B-23 negara mara ke pusingan kedua pada Sukan Asia Incheon berkubur semalam. Semuanya gara-gara kad merah yang dilayangkan kepada pertahanan kiri negara, Zubir Azmi sekali gus menyaksikan Malaysia kecundang 0-3 kepada Arab Saudi pada perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Goyang. Malaysia amat memerlukan kemenangan pada perlawanan itu … Read more

Fatihah genggam perak

INCHEON – Pelumba berbasikal trek wanita negara, Fatehah Mustapa menghadirkan keceriaan apabila menyumbang pingat perak pada hari ketiga Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan semalam. Pelumba kelahiran Hulu Terengganu itu menjadi penyumbang kedua pingat buat kontinjen negara setelah pingat emas pertama diraih atlet wusyu, Tai Cheau Xuen kelmarin. Pemenang pingat emas pada Grand Prix … Read more

Sukan Asia: Sasaran regu takraw ke final sukar – Jamaluddin

Ketua jurulatih Jamaluddin Hassan mengakui bahawa regu lelaki gagal persembahkan aksi terbaik dan episod yang sama akan berulang sekiranya layak dan menentang Thailand di separuh akhir kelak. Selain Malaysia dan Korea Selatan, Kumpulan B terdiri daripada Brunei dan India dan Nepal manakala Thailand, diundi bersama Myanmar, China, Singapura dan Laos dalam Kumpulan A. “Kami tiada … Read more

KEYAKINAN WEI FENG MAKIN MEMUNCAK

player

JURULATIH perseorangan negara, Rashid Sidek yakin Chong Wei Feng mampu menemui semula rentak permainannya pada Kejohanan Badminton Dunia 2014 yang membuka tirai di Ballerup Super Arena di Copenhagen, Denmark semalam. Menurut Rashid, pemain perseorangan lelaki kedua negara itu sudah menyedari kesilapan yang dilakukannya ketika tewas mengejut kepada wakil India, R.M.V Gurusaidutt pada saingan suku akhir … Read more

VIVIAN, KHE WEI MARA KE PUSINGAN KEDUA

beregu

Kuala Lumpur: Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014 Glasgow, Vivian Hoo-Woon Khe Wei tidak mempunyai masalah mara ke pusingan kedua Kejohanan Dunia 2014 Copenhagen apabila menumpaskan pasangan Republik Czech Sarka Krizkova-Katerina Tomalova semalam. Anak didik Rosman Razak itu hanya mengambil masa 27 minit untuk mencatat kemenangan straight set, 21-11, 21-12 dalam perlawanan berlangsung di Ballerup … Read more