DR. YEO WEE KIAN
Pengarah Bahagian Akademi Kejurulatihan Kebangsaan

EN. R VIVEKANANDAN A/L K RAMIAH
Ketua Cawangan Pensijilan & Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan

PN. RAJESWARI A/P RAMAN
Ketua Cawangan Pendidikan Kejurulatihan


PIAGAM PELANGGAN AKADEMI KEJURULATIHAN KEBANGSAAN

  1. Memastikan keputusan kursus Sains Sukan Tahap II dan III boleh dilayari di laman web isn.gov.my atau coachingacademy.isn.gov.my sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari waktu bekerja daripada tarikh tamat kursus.
  2. Menyediakan sijil jurulatih (SPKK) dalam tempoh tiga (3) bulan (bergantung kepada pihak persatuan sukan kebangsaan) setelah lesen diterima oleh pihak pelanggan.
  3. Memastikan sijil sains sukan dikeluarkan selewat-lewatnya enam puluh (60) hari bekerja selepas keputusan diumumkn di dalam laman web isn.gov.my atau coachingacademy.isn.gov.my.
  4. Menjalinkan kerjasama dengan persatuan sukan kebangsaan (PSK) dan badan-badan organisasi lain di dalam menjayakan Kursus Sukan Spesifik, Kursus Sains Sukan dan Kursus Kejurulatihan Berterusan dalam tempoh empat puluh lima hari (45) hari bekerja dari tarikh permohonan rasmi di terima.

AKADEMI KEJURULATIHAN KEBANGSAAN

AKK merupakan satu bahagian di Institut Sukan Negara yang memberi pengiktirafan kepada jurulatih melalui Skim Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK). AKK juga menawarkan program pendidikan kejurulatihan yang komprehensif melalui sistem akreditasi jurulatih sukan, iaitu program Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) Tahap I, II dan III. SPKK merupakan satu piawai kebangsaan yang memberi pengiktirafan kepada status jurulatih dalam bidang sukan masing-masing.

LATAR BELAKANG

Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) telah dilancarkan secara rasmi pada 19 Julai 2012 oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Bin Cheek bertempat di Dewan Komanwel MSN, Bukit Jalil bagi memantapkan fungsi Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan yang telah wujud sejak tahun 1985. Kepimpinan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) telah diserahkan secara rasminya di bawah pentadbiran Institut Sukan Negara (ISN) dari Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) yang beroperasi sepenuhnya mulai 1 Julai 2015. Peralihan tugas ini telah diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Yang Berhormat Khairy B. Jamaluddin pada      12 Februari 2015.

 

VISI

Melahirkan jurulatih yang berkualiti, profesional dan bertaraf antarabangsa.

MISI

  1. Menguruskan program pendidikan yang berterusan dalam bidang Sains Sukan dan Pengkhususan Sukan agar jurulatih mendapat ilmu terkini di samping memastikan peningkatan kemahiran dan profesional dalam bidang sukan masing-masing.
  2. Merancang dan melaksanakan pelbagai program ke arah melahirkan jurulatih sukan yang inovatif, dinamik dan progresif selaras dengan wawasan untuk meningkatkan martabat profesion kejurulatihan sukan kebangsaan.

 

FUNGSI

  1. Membangun dan melaksanakan program-program pensijilan dan kursus-kursus kejurulatihan bagi memantapkan lagi kualiti kejurulatihan kebangsaan dan sebagai pengiktrafan kepada jurulatih-jurulatih tempatan. Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, AKK telah menubuhkan Jawatankuasa Ahli Panel Penasihat.
  2. Ahli Panel Penasihat bertanggungjawab memberi nasihat dari segala aspek perancangan dan pembangunan program-program Kejurulatihan Kebangsaan.

 

CAWANGAN PENSIJILAN & PERLESENAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN

Fungsi Cawangan Pensijilan & Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan

  1. Merancang dan pelaksanaan Kursus Sains Sukan Tahap I, II dan III mengikut jadual perancangan tahunan.
  2. Menyelaras Kursus Sains Sukan bagi pihak ketiga (organisasi luar /NGO / jabatan /pertubuhan) yang berminat menganjurkan kursus.
  3. Bertanggungjawab membantu Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dalam penyediaan kurikulum Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik.
  4. Bertanggungjawab menyediakan kurikulum Kursus Sains Sukan dan Kursus Kejurulatihan Suaian Fizikal.
  5. Membantu menyediakan bantuan geran untuk Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) bagi menganjurkan kursus spesifik, seminar peringkat tempatan dan antarabangsa.
  6. Menguruskan permohonan lesen jurulatih yang layak memohon di bawah Skim Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK)
  7. Mengumpul dan merencana dapatan / penyelidikan dan bahan-bahan lain di dalam Menyediakan Jurnal Kejurulatihan
  8. Menganjurkan Bengkel Pemurnian Silibus Sains Sukan dan Persatuan Sukan Kebangsaan
  9. Menguruskan sistem data Jurulatih yang berdaftar di bawah Akademi (NROC – National Registry Of Coaches)

 

CAWANGAN PENDIDIKAN KEJURULATIHAN

Fungsi Cawangan Pendidikan Kejurulatihan

  1. Merancang dan pelaksanaan program Pendidikan Kejurulatihan Berterusan dengan penawaran kursus BCE (Basic Coach Education), ACE (Advance Coach Education), FACE (Foundation of Applied Coach Education) dan Kursus Jurulatih Pembangunan
  2. Bertanggungjawab menyediakan kurikulum Kursus-kursus dibawah program CCE (Continuing Coach Education) dan Jurulatih Pembangunan.
  3. Mengurus permohonan persatuan bagi program ICCE (International Continuous Coach Education)
  4. Mengurus Seminar / Simposium / Konferen / dan program Coaching Talk and Share sebagai program pendidikan tambahan kepada jurulatih.
  5. Bertanggungjawab di dalam penyampaian maklumat penawaran program-program baharu dan sedia ada melalui medium hebahan dan laman web Akademi
  6. Mengumpul dan merencana dapatan / penyelidikan dan bahan-bahan lain bagi menyediakan buletin kejurulatihan
  7. Mengurus dan menghantar wakil Malaysia ke Conference anjuran International Council for Coaching Excellence
  8. Merancang pengelolaan latihan bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran kendiri Instruktur dan pegawai Akademi
  9. Mengurus penganjuran Penganugerahan Jurulatih Kebangsaan dengan berkerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).