Ahmad Faedzal, KPE baharu ISN

photo

KUALA LUMPUR: Ahmad Faedzal dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara yang baharu berkuat kuasa 25 Februari 2019.

Pelantikan itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman menerusi pautan media sosial rasmi Kementerian Belia dan Sukan, hari ini. Ahmad Faedzal dilantik bagi menggantikan Dr. Khairi Zawi yang meletakkan jawatan pada November lepas.

Beliau mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam bidang pengurusan dari pelbagai industri di institusi-institusi kerajaan, termasuk sebagai Setiausaha Agung Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Aggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK).

Ahmad Faedzal, 41, berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Sukan dari Florida State University, merupakan Timbalan Pengarah Seksyen Perkhidmatan Sosial, Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum berpindah ke ISN.

Sebagai rekod, beliau amat berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sukan termasuk sebelum ini menguruskan bajet pembangunan sukan dan perancangan pelan dan polisi sukan negara.

Sekian.

Hubungi Kami

INSTITUT SUKAN NEGARA,
Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.
Tel : +60389914400,
Faks : +60389968748,
Webmaster: [email protected]

Kemaskini Terakhir : 11 / 4 / 2018

Rakan Eksklusif ISN

-

Aplikasi Telefon Pintar

-